Wednesday, July 29, 2009

Minum petang...

* Kuih Cara Berlauk / Manis *

Bahan-bahan nyer :-
  • 1/2 kg tepung
  • 4 biji telur ayam
  • 1 biji kelapa ( dijadikan dlm kira-kira 3 cawan santan )
  • 1/2 tin susu cair
  • sedikit pewarna kuning dan hijau ( utk dijadikan 2 jenis, 1.Cara Berlauk n 2.Cara Manis)
Cara-cara nyer :-
  • masukkan tepung... sikit demi sikit dlm santan
  • campurkan 1/2 tin susu cair n telur
  • kacau jgn sampai bergentel
  • masukkan 1/2 sudu teh garam
  • anggaran kepekatan bancuhan spt adunan kuih ketayap
  • bahagikan adunan kepada 2 bahagian (kuning utk Cara Berlauk/hijau untuk Cara Manis)
Bahan-bahan inti lak :-
  • 1 packet kecil minced beef ( brand Ramly jer!Yg laen x best)
  • 4 biji bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
Cara-cara nyer :-
  • tumis bwg merah n putih (blend dulu)
  • masukkan rempah kari
  • biarkan hingga garing
  • masukkan minced beef tadi
  • kacau rata n tambah garam + secubit gula (boley tambah serbuk perasa jika suka)
  • sekiranya terlalu kering, boley tambah air
  • biar hingga kering dengan api yang sederhana n ketepikan
  • untuk hiasan : cili merah dipotong serong n daun sup dipotong kecil
Penyediaan kuih :-
  • sapu sedikit minyak pada acuan yg telah di'pre heat'kan
  • api tu biarle sederhana
  • masukkan adunan ke dlm acuan
  • isikan inti tadi kat center (cara berlauk)
  • letakkan cili yg dipotong n sedikit daun sup
  • untuk Cara Manis, proses seperti Cara Berlauk diulangi tapi inti dier tukar pada gula ek
  • tutup dgn penutup periuk n bakar selama kira-kira 5-7 min


ketika menumis...

sudah masak n kering...

hasil nyer...

proses membakar...

bahan untuk Cara Manis...


inilah hasilnyer... Cara Manis


dan tidak lupa...Cara Berlauk...

Selamat mencuba...

Monday, July 20, 2009

Menu hari ini...


Cheesy Sausage Roll
Bahan2 nyer :-
  • 5 batang sausage
  • 10 keping roti Gardenia
  • 5 keping keju ( Cheesedale @ Kraft Singles ) yg len x sedap!
  • susu pekat


Cara membuat :-
  • potong bahagian hujung roti
  • celupkan dengan sedikit susu yg telah dibancuh
  • letakkan cheese yg dah dipotong 2 diatas skeping roti
  • letakkan sausage yg telah dibelah 2
  • gulung ngan kemas n make sure ia stick together (ley sapu ngan mixture susu tadi)
  • deep fry-kan ia ngan api sederhana
  • potong ikut citarasa

Proses nak uat

Enak dimakan sewaktu masih panas...

Selamat mencuba!



Saturday, July 11, 2009

Menu hari ni...




Bubur Nasi Baba Style



Bahan-bahannyer...

  • 2 cawan beras (klau boley rendam 2-3 jam)
  • isi ayam (cincang) * amik bhg dada *
  • 1 labu bwg putih dimayang
  • 1 ketul halia dimayang (biar halia lebey bnyk dr bwg putih)
  • 5 ulas bwg merah (dipotong melintang+dimayang+digoreng dgn 1@2 senduk minyak)
  • 2 biji telur masin (direbus)
  • kangkung
  • ikan bilis (digoreng)
  • kacang tanah (goreng dgn sdikit margerine)
  • daun sup
  • bwg goreng
  • sohoon (goreng)
Penyediaan...

* bhn nak wat sup n sambal kicap *
  1. kepak,kaki n leher ayam dijadikan sup (ley campur isi ayam klau prefer camtu)
  2. 20 tangkai cili api+3 ulas bwg putih+1 sudu bwg goreng segera+kicap manis+gula+garam------> Kisar = Sambal
  3. tumis 3 ulas bwg puti yg diketuk
  4. masukkan kangkung, garam n serbuk perasa = siap

* cara wat bubur *

  1. tumis halia n bwg putih yg dimayang td sampai naek bau
  2. pastu, masukkan isi ayam
  3. biarkan kejap
  4. next, masukkan air n bila dh mdidih, masukkan beras
  5. rebus until beras pecah n empuk
  6. masukkan garam n serbuk perasa
  7. after that, masukkan bwg bsama minyak yg digoreng tadi
  8. siap untuk dihidang...

serving suggestions dr mama....
  • hidang bubur bsama sup, kangkung, telur masin, sambal kicap, kacang, ikan bilis n sohoon...
Selamat mencube...