Sunday, March 21, 2010

Award dari Yeyen....(",)


Salam....mama xcited giler rinie
coz anak mama si Yeyen bagi mama award...
wah...1st time nih..

TQ so much Yeyen coz sudiey kasi mama
award...

ok ni mama copy dari blog Yeyen...(sori ek)

1.Thank & link the person that gave u the award

2.Pass diz award onto15 bloggers u've recently discovered n think are fantastic

...fatin fazlan...
...chef aduka...
...sweet vanilla...
n...sesape je yang follow blog mama...

Wednesday, March 17, 2010

MEE KARI my mum.

Bahan bahannya;
Setengah ekor ayam(direbus dgn air masukkan garam untuk dijdkan stok)
1 bungkus mee kuning di celur.
1 kilo kerang(jgn lupa cara mudah petua mama untuk merebus kerang)
2 genggam ikan bilis direndam dgn 2 cwn air.(mama blend kemudian toskan)
1 mangkuk santan pekat.
1 bungkus fish cake(digoreng,toskan,potong)
2 bungkus fishball
tauhu lompong@tauhu yang siap di goreng.
telur puyuh direbus.
sedikit tulang ayam (digunakan utk campur dlm kuah)
2 bngkus serbuk kari daging adabi
2 tangkai daun kari
2 biji bwg besar]
3ulas bwg puteh ] kisar
1/2 in halia]
1 btg serai
daun sup.bwg goreng.daun bwg untuk hiasan.

Cara;
Goreng ayam yang direbus td kemudian potongkan.
Tumis bahan kisar bersama serbuk kari hingga garing,masukkan daun kari kemudian masukkan tulang ayam,masukkan air rebusan ayam,kacau dan biar seketika kemudian masukkan air ikan ikan bilis yang direndam td,biar mengeleggak setelah itu masukkan santan pekat kacau seketika.masukkan serai yang diketuk,sekiranya terlalu pekat boleh ditambah dgn sedikit air.Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.Biarkan mendidih kemudian kacau sebentar .kecilkan api.
Masukkan kuah yg telah siap kedlm mangkuk yg berisi mee,kerang,ayam goreng,fishball,fishcake,telur burung puyuh dan sambal cili hias bersama bwg goreng serta daun sup dn daun bwg.Silakkan mencuba resepi air tangan ibunda tercinta.

Cara membuat sambal cili;
tumis cili yg disar bersama halia dan bwg hingga garing masukkan air asam jaya dan sedikit belacan,masukkan garam dan sedikit gula,biarkan kering dan naik minyak.

BERKONGSI PETUA DGN MAMA(untuk pengetahuan petua ni bkn lah seratus peratus milik mama, sumber dr majalah,kwn2 dan mama sendiri)

KENTANG GORENG LEBIH RANGUP.
Rendamkan kentang yang hendak digoreng dgn air panas yang baru menggelegak,biarkan beberapa minit,toskan dan goreng dgn minyak spt biasa.Cubalah....

MELEMBUTKAN DONAT.
Rebus 2@3 biji kentang,lenyekkan kedalam bancuhan tepung.Donat akan tetap lembut walaupun telah sejuk.

AGAR AGAR CEPAT BEKU.
Supaya puding atau agar cepat beku,sejukkan loyang atau acuan di bahagian dingin beku seketika,selepas itu tuang agar agar seperti biasa.lihat lah hasilnya puding @ agar2 akan beku dalam waktu yang lbih cepat.

Thursday, March 11, 2010

KHASIAT AIR KELAPA

Air yang terdapat dlm sebiji kelapa mampu membekalkan keperluan vitamin C untuk seharian.Amat baik untuk tubuh kerana kandungan mineral dan protien yg berkualiti tinggi amat membantu dlm pertumbuhan sel sel dlm tubuh.Terdapat berbagai khasiat air kelapa antaranya..
1.membersihkan usus
amat efektif membasmi pelbagai jenis cacing,pesakit gastrik merawat perut kembung dan buasir.
2.merawat mulut yang kering,penyakit diabetes.dan juga dipercayai dapat membuang racun dalam darah
3.mengatasi masaalah pencernaan dan juga merawat masaalah batu karang
4.merawat demam panas dan demam campak.
bukan saja sesuai untuk badan air kelapa juga dapat mencantikkan wajah.Mencuci muka dgn air kelapa secara berterusan dapat menghilangkan parut jerawat,noda noda hitam dan kulit wajah yang kekeringan.

Congratulation to my Cute son...hehehe

Buat anak mama yg chubby....tahniah cz berjaya dpt 5A+,mama dh bersyukur sangat,mama tau anak mama ni dah bg yang terbaik.Semuga impian nya untuk ambik TESL berjaya...Insyaallah

Wednesday, March 3, 2010

HIDUP MESTI DITERUSKAN.






2 hb mac 2010,SELAMAT HARIJADI buat puteriku NURUL NATASHA ELYANA,semuga panjang umur dan diberikan kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang.Mudah mudahan murah rezeki anak mama ni.Sekiranya arwah masih ada,dia lah orang yang paling gembira,seawal pagi akan terbau aroma pulut kuning yang disediakan,dan pastinya ayah akan mengambil sekepal pulut sambil berdoa buat cucu kesayangannya.Menurut ibu mama bertuah kerana setiap bulan kami akan bergembira bersama menyambut hari lahir bermula dgn puteriku yang sulong pada 1hb jan,kemudian puteraku pada 9hb feb dikuti hubby pada 19hb feb dan puterku yang bongsu pada 2hb mac.5 april pula adalah wedding anniversaryku diikuti pula mei kami akan sama sama menyambut HARI IBU .Diwaktu itu kami akan memberi kejutan untuk ibu,biasanya mama yang akan merancang sesuatu dan adik beradik tak pernah membantah.Alangkah seronoknya melihat ibu gembira melihat kami menyediakanberbagai bagai persiapan untuk menyambut hari ibu.Dan boleh dikatakan setiap tahun ibu akan bertanya"bulan mei hari ibu kan" dan kami berpura pura tidak faham....seronoknya malam itu ibu akan tersenyum girang.Malah untuk tahun ini pun telah kurancang semuanya...tapi malangnya tahun ini kami tak akan dapat lagi melihat senyuman ibu buat selamanya....tapi sesungguhnya kami takkan melupakanmu ibu....Penutupnya pada 13hb jun adalah ulangtahun buahati mama dan akhir sekali 30hb jun adalah hari lahir mama....Begitulah kata ibu...mama beruntung...kerana sentiasa dapat bergembira...dan mama akan tergelak sebab mama dah pokai...Ibu akan tersenyum sambil berkata duit takkan dapat dibawa mati....itulah ibuku,dan hari ini mama tersedar mama perlu bangkit kembali kerana mama pasti ibu akan bersedih bila melihat mama begini.Namun takkan ku lupakan untuk sedekahkan al fatihah dan bacaan Yassin untukmu ibu......semuga rohmu diletakkan disisi orang orang yang beriman....amin.