Saturday, December 26, 2009

DURI DI HATI/

Manis wajahmu
Bukan bererti putih dihatimu
Ramah bicaramu..
Mengungkap kata..
Dalam diam ada insan teranaiya

Kita dari satu keluarga......
Memutuskan segala keinginan
Tentang kebenaran.....
Tentang penipuan......

Mengapa.....aku menjadi sasaran
Hingga antara kami...
Tidak sehaluan
Ada.....kesedihan
Ada....kebencian
Ada.....kekeliruan

Manis nya tuturmu....
Mencipta suasana

Mengapa.....
Tiada kesedaran.....
Tiada kekesalan....
Bahagia kah hidupmu
Memutuskan persaudaraan
Dengan.....bicara dan senyuman

Bertaubatlah.......
wahai anak Adam...........

Tuesday, December 22, 2009

MENCARI KAWAN SERUMAH SEWAKTU DI MELAKA

Salam...mama teringin sangat nak jumpa kwn2 mama yang pernah tinggal di Melaka sekitar tahun 80an.Ada tak diantara teman2 mama yang masih mengingati mama.Mama pernah belajar di Melaka dan pernah tinggal serumah dgn Kak Tun,Ani,Imah,Sarah,Zai dan sahabat mama yg paling rapat ialah Sita.Selepas bertukar ke Kuantan dan berkahwin mama terus terputus hubungan dn mereka.Sekarang ni mama teringin sekali bertanya khabar mereka,mama pernah menghubungi Sita dialamat terakhir nya No 42,Taman Sri Mawar Arau Perlis tapi gagal.Sementara Zai pula alamat terakhir nya ialah Batu 41/2 Tanjung Gading Muar Johor.Sekiranya ada diantara mereka yang masih mengenali mama,harap dapat hubungi mama.Akhir sekali mama ingin memohon maaf terhadap semua kawan2 yang pernah mengenali mama sewaktu belajar dan bekerja di Melaka dulu terutama sekali Zaimee....maafkan mama dunia dan akhirat.Diharap semua nya masih sihat dan bahagia.

Wednesday, November 25, 2009

KASIH TERCIPTA ( Buah hati mama )



Sudah hampir 2 tahun setengah mama menumpang kasih seorang kanak2 yang bernama Muhamad Johan Iskandar.Seorang kanak2 yang sangat pintar,lain dr yang lain.Keletah nyer seringkali menghiburkan kami sekeluarga.Hari ini hati mama benar2 terharu,apabila melihat seorang kanak2 yg selalu nyer asyik dgn dunia nyer sendiri mengerti apabila melihat mama sakit.Dia bukan saja memberikan mama ubat bahkan menyelimutkan mama yg kesejukkan.Siapa
sangka kanak2 yg diusia begini boleh mengerti penderitaan orang lain...
bila mama tersedar dr lelap Johan turut sama tertidur dgn tangan nyer memeluk mama,sungguh terharu....sayang sekali anak ini bukan lahir dr rahim mama,bertuah sungguh ibu yang melahirkan
Johan...walaupun nakal Johan mempunyai keistimewaan yg jarang ada pada kanak2 lain.Mama tau
suatu hari nanti Johan akan pergi dari hidup mama...dan itulah saat yg paling mama takuti..tapi mama sedar mama hanya diamanahkan untuk menjaga Johan.Mama redha dan mama ikhlas,semoga Johan tak akan melupakan mama sekeluarga..dan terima kasih kepada kedua ibubapa Johan kerana membenarkan mama menyayangi Johan tanpa batasan.Semoga Johan akan menjadi seorang insan yang berguna disuatu hari nanti
AMIN.....

Saturday, November 21, 2009

PETUA; AYAM GORENG CEPAT GARING.

Mudah dan ringkas,hanya masukkan sedikit air perahan limau nipis kedalam minyak yang panas.Pas tu goreng jer mcm biasa....try ler,proses menggoreng pun jadi lebih cepat.Petua ni mama ambik dr mingguan wanita,dah try pun.....memang best tapi mama tambah sedikit cuka kedalam ayam tu....untuk menambahkan keenakkan nyer.

DAUN KUBIS PELEMBAP MUKA

Kisarkan daun kubis bersama satu sudu madu lebah bersama sedikit air hingga halus,sapukan pada muka dan leher.Biar 20 minit kemudian bersihkan dgn kapas yang lembap.Amalkan,kulit akan sentiasa lembap dan tegang.

Monday, November 9, 2009

SPM.......OH SPM......

Tahu tak berapa hari lg spm.....emm tak sampai 10 hari,mama lak yg tension lebih,apa tak nyer exam nie menentukan masa depan anak bujang mama.Cian jugak mama tengok dier...Trial yg lepas dier dapat 5A1...ok gak la...cuma yang mama agak risau .......nama anak mama tersenarai dalam program latihan khidmat negara,dia cam terganggu sket,nampak gak lah perubahan dlm diri dier.Sejak kecil dier ni cerewet sket psal makan,tempat tinggal dan banyak lg la.......x cam kakak dier yg suka aktiviti lasak,masa dier banyak dihabiskan dirumah,mama takut dier tak pandai sesuaikan diri.Bimbang jugak kalau ia nyer menganggu konsentrasi nyer untuk study.Apa pun mama doakan dia dapat buat yang terbaik......semoga cita cita untuk menjadi lecturer kan tercapai.....insyaallah.......

Monday, October 19, 2009

Ayat ayat cinta

RENTAK CINTA KITA BERBAGAI IRAMA
KADANG KADANG HANGAT DAN RANCAK
KADANG KADANG BERENTAK LEMAH DAN LONGLAI
JARANG JARANG RENTAKNYA SERAGAM
YANG JELAS ERTI CINTA ANTARA
KITA JUGA SEDEMIKIAN
NAMUN AKU TETAP SETIA WALAU
APA IRAMA YANG BERKUMANDANG.

PS:CORETAN HUBBY YANG MENYENTUH PERASAAN DI HARI ULANG TAHUN MAMA.

Usia perkahwinan mama dah pun 23 tahun,banyak sekali rintangan selama usia perkahwinan kami.Terlalu pantas masa berjalan tapi mama merasakan baru semalam kami disatukan.Semoga Allah memanjangkan jodoh mama dan hubby hingga keakhir hayat.
Lumrah alam kadang kadang tercetus perselisihan tapi berkat kesabaran...segalanya dapat diatasi.
Untuk anak anak mama yang diluar sana,samada yang bakal menempuhi alam berumahtangga atau sudah pun menjalani hidup bersuami isteri,pesanan mama ........terimalah pasangan kamu seadanya kerana disebalik keburukkan ada kelebihannya.Jangan sesekali membandingkan pasangan kita dgn orang lain dgn mencari keburukkannya kerana ianya akan mencetuskan keretakan dlm perhubungan.Setiap kali perasaan marah melanda...cuba kenangkan segala kebaikannya selama ini kerana itulah saja penawar segala hasutan syaitan.Jangan sesekali memburukkan keluarganya dan jangan rampas dia dari ibunya.Tidak rugi megeluarkan sedikit aset atau tenaga kerana pulangan yang bakal diperolehi amat berbaloi.Sentiasa jalinkan hubungan yang baik dgn keluarganya kerana mereka akan sentiasa menyebelahi kita dan sekiranya berlaku sebarang perselisihan mereka tentu saja tidak akan mengabaikan kita.
Tentu saja suami kita juga akan menghormati keluarga kita.Sesungguhnya dunia perkahwinan terlalu indah sekiranya kita sentiasa menghargai pasangan walaupun diri dimamah usia.
Sesekali berikan kejutan supaya kasihsayang akan berpanjangan.
Inilah prinsip hidup mama.....semoga rumahtangga mama akan sentiasa diberkati Allah,dan untuk hubby terimakasih diatas segala kesabaran dan pengorbananmu selama ini.

PETUA MAMA

Cara mudah merebus kerang.

Masak air dengan sedikit minyak masak dengan menggunakan api yang besar sehingga menggelegak,masukkan kerang yang tlh siap dibersihkan.Padamkan api apabila semua kerang merekah.Toskan.kerang bukan saja senang di kopek malah ia nyer juge cantik dan segar.

Sunday, October 18, 2009

Suara hati mama...


Putera puteriku...nur kehidupan
melangkah aku menyusuri alam
beronak berbatu...
gagah kulepaskan...
hidup kuteruskan mengharap
cahaya kesejahteraan
kasih sayang...

Bersama waktu...
putera puteriku melangkah
padu...
dengan iringan kasih ayah ibu

Tiada harta
yang bakal diwariskan
keringat inilah harta yang ku tinggalkan
usahamu sahaja menentukan kehidupan

Lemah di perjalanan
kupimpin dengan kasih sayang
doa yang berpanjangan
agar impianmu beroleh kecermelangan

Tiada apa yang kuhajatkan
kerana putera puteriku
amanah Tuhan...

Masa melangkah pantas
cahaya impianmu kian menyerlah

Sesekali dalam kerinduan
kesakitan...mengharapkan
ihsan...kasih sayang
bukan pemberian tapi
keikhlasan...

Yang datang kadang kala impian
putera puteriku...
doaku sentiasa mendatang
walaupun kepiluan mengundang
di hari tuaku
apakah ada...
yang menemaniku...
di KUBURAN.


Saturday, October 3, 2009

Selamat Hari Raya...

* Memori raya 2009 *

ummpphh....sedapnyer...


bbq di menyambut kepulangan anak mama...yg x dpt bcuti di 1 syawal...


bersama adik yg suker mengusik...di kg bondaku...
p.s: umah ngah renovate x sempat siap.Indon balik kg sambut rayer hehehe...


buah hati mama yg keletah...



bersama anak saudara yg paling mama syg...
kire buah hati la neh...pgganti puteri mama yg bkerja di KL...


lemang yg sedia untuk disantap...
ooppsss...bukak dlu ler...


menanti saper tu...SI DIA x pulang ker?


ayu nyer nurse KL neh...huhu


air mata syawal..
lawak giler muka mama kan?


bonda tercinta yg hiba melihat drama di pagi raya...


syg kakak...


mama: ampuni dosa anaknda ye bonda...
bonda: ye lar...jom makan ketupat lak key...takmau sedey2

hehehe


putra putri mama...



mama n adik ipar sewaktu berfoya-foya...hehe



adikku yg glamourz....huhu


ayahanda yg bnyk berjasa...


princess bongsu mama yg x sker pkai bju kurung...xtau la nak uat camner


yeah!!! mama dpt duit rayer...hubby ikhlas x ni?
hihihi...


syg hubby!! muah!!!


ampunkan ler segala dosa ku...ada ker?


anak bongsu mama yg bgaya slumber di pagi rayer


kumbang bujang mama...yg mungkin akan meninggalkan mama juga tawun depan...
Insya Allah further study...


my precious hubby....


kakak kesayangan ku...yg baru pulang dari Sabah...
agaknyer bila lah kiter akan bjumpa lagi.......


bersama family sebelah ayah....





Monday, September 14, 2009

Sunday, September 13, 2009

Salam Aidilfitri Buat Semua


apa khabar followers mama?
dah lame mama x upload, bz sgt2 sbb mama mengambil tempahan
maruku drp pelanggan sempena hari raya nanti.

buat anak2 mama fatin,izyan n Rai (x lupa Chef Aduka )
apa persiapan kamu? untuk Rai mama nak mintak maaf sangat2 sbb x sempat nak wish for 090909 ek....
hope Rai n Idzmi sentiasa dilimpahi rahmat n dipertemukan jodoh satu ari nanti.

begitu gak untuk fatin n izyan berserta followers mama yg sedang bercinta ok
buat chef, bila balik kg? apa persembahan untuk raya neh?
pape pun mama nak nasihat dalam kite happy sambut raya jgn lupa pada mereka yg sudah tiada
n berhati hati la dalam apa2 yg dilakukan...

tahun ni buat pertama kalinyer puteri kesayangan mama (blog rin hanikoma)
x dpt bersama ngan mama di pagi raya kerana tugas
mama mmg sedey giler tp anak mama neh bijak...mama betul2 salute cuz dia cukup bijak menyembunyikan kesedihan nya
walau apapun, mama hrp dier dpt bg komitmen pada tugas nyer walaupun bjauhan dari family

oopss! xmau sedey2 lor...
tawun neh order maruku dr customer lebih bnyk from usual...
mula2 nak tolak juga tp kesian kat customer2 mama yg setia setiap tawun,
terpaksa la mama mem'bz'kan diri...lgpun mama xmau rest2 nti sedey pulak bila terdengar lagu raya...





sebahagian dari tempahan...


tawun ni mama tetibe sensitive lak...kehilangan raser nya...camne ek Rai?
bjauhan dr family?

puteri kesayangan mama...NOR DIANA

owhh... xley nak type bebanyak sgt. bnyk kerja nak buat lagi...
anak bujang mama lak xley nak bg komitmen sgt cuz sibuk dengan Trial SPM dier..

anak bujang mama AMIRUL ASYRAF n kakak nyer...

so skarang mama n anak bongsu mama jer yg menguruskan psiapan raya....



hubby lak gi outstation
ye lar, walaupun kurang sorang, persiapan raya mesti diteruskan
kesian kat anak2 mama yg lain
mereka xpernah tinggal pose sejak tadika lg...
mama dah siapkan 2-3 jenis kueh
yg selebih nyer kami tunjuk je la kat kedai...hehehe



okay lah, mama pergi dulu...
Salam Lebaran n Sayang untuk semua

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN


jumper lagi.....

Wednesday, July 29, 2009

Minum petang...

* Kuih Cara Berlauk / Manis *

Bahan-bahan nyer :-
  • 1/2 kg tepung
  • 4 biji telur ayam
  • 1 biji kelapa ( dijadikan dlm kira-kira 3 cawan santan )
  • 1/2 tin susu cair
  • sedikit pewarna kuning dan hijau ( utk dijadikan 2 jenis, 1.Cara Berlauk n 2.Cara Manis)
Cara-cara nyer :-
  • masukkan tepung... sikit demi sikit dlm santan
  • campurkan 1/2 tin susu cair n telur
  • kacau jgn sampai bergentel
  • masukkan 1/2 sudu teh garam
  • anggaran kepekatan bancuhan spt adunan kuih ketayap
  • bahagikan adunan kepada 2 bahagian (kuning utk Cara Berlauk/hijau untuk Cara Manis)
Bahan-bahan inti lak :-
  • 1 packet kecil minced beef ( brand Ramly jer!Yg laen x best)
  • 4 biji bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
Cara-cara nyer :-
  • tumis bwg merah n putih (blend dulu)
  • masukkan rempah kari
  • biarkan hingga garing
  • masukkan minced beef tadi
  • kacau rata n tambah garam + secubit gula (boley tambah serbuk perasa jika suka)
  • sekiranya terlalu kering, boley tambah air
  • biar hingga kering dengan api yang sederhana n ketepikan
  • untuk hiasan : cili merah dipotong serong n daun sup dipotong kecil
Penyediaan kuih :-
  • sapu sedikit minyak pada acuan yg telah di'pre heat'kan
  • api tu biarle sederhana
  • masukkan adunan ke dlm acuan
  • isikan inti tadi kat center (cara berlauk)
  • letakkan cili yg dipotong n sedikit daun sup
  • untuk Cara Manis, proses seperti Cara Berlauk diulangi tapi inti dier tukar pada gula ek
  • tutup dgn penutup periuk n bakar selama kira-kira 5-7 min


ketika menumis...

sudah masak n kering...

hasil nyer...

proses membakar...

bahan untuk Cara Manis...


inilah hasilnyer... Cara Manis


dan tidak lupa...Cara Berlauk...

Selamat mencuba...

Monday, July 20, 2009

Menu hari ini...


Cheesy Sausage Roll
Bahan2 nyer :-
  • 5 batang sausage
  • 10 keping roti Gardenia
  • 5 keping keju ( Cheesedale @ Kraft Singles ) yg len x sedap!
  • susu pekat


Cara membuat :-
  • potong bahagian hujung roti
  • celupkan dengan sedikit susu yg telah dibancuh
  • letakkan cheese yg dah dipotong 2 diatas skeping roti
  • letakkan sausage yg telah dibelah 2
  • gulung ngan kemas n make sure ia stick together (ley sapu ngan mixture susu tadi)
  • deep fry-kan ia ngan api sederhana
  • potong ikut citarasa

Proses nak uat

Enak dimakan sewaktu masih panas...

Selamat mencuba!