Friday, June 15, 2012

kembali menyambung perjalan hidup anakku...pd 23hb march dgn sekali lafaz anakku sah mjadi miliknya..aku redha,pasrah dgn takdir ALLAH...dr jauh MF menghubungiku bertanya khabar...semuanya telah berlalu...itulah jodoh anakku..gembirakah aku disaat itu....entahlah...perasaan gembira bercampur hiba,hati 
bertanya2 inikah yg anakku mahukan?dan disbelah pihak aku sdih mendengar rintihan dn keluhan MF...
    Tiada siapa yg tahu perancangan ALLAH,aku hanya mdoakan anakku bahagia...........biarpn jauh disudut hati ada kerisauan...aku sendiri x pasti...YA ALLAH...aku redha dgn takdirmu...berikan anakku kebahagian...penuhilah impiannya..seungguhnya aku memaafkan segala kesalahannya...telahku halalkan susu yg telah kuberikan pdnya biarpn  setitis cuma...kasihanilah dia...YA ALLAH

Saturday, January 21, 2012

HIDUP TAK SEINDAH MIMPI

Dah lama aku tak bercerita...bkn apa,sb terlalu bnyk kisah duka.dan hari ini satu lg kisah duka yg amat menyentuh hatiku...sebagai seorg ibu kpd seorang anak yg ku namakan ND...kisah benar...kisah cinta yg telah di pupuk selama 4 tahun setengah...seperti pasangan lain mereka merancang membina mahligai...malangnya disaat2 akhir...setelah segala kelengkapan disediakan untuk majlis pertunangan,impian anakku dilanda badai...musnah...
Tersungkur...kepedihan ..kesedihan...kehampaan...aku hanya mampu memberi semangat..tp ..perempuan...sekuat mana pn pasrah..dn redha..anakku patah semangat...hari2 aku menangis melihat kesedihan anakku...dlm masa yg tedekat seorg insan yg selama ini menyimpan perasaan terhadap anakku mengambil peluang mendekati anakku ...sebagai teman yg setia mendengar..memahami..mengubati...memberikan semangat..
akhirnya anakku menerima kehadirannya bkn dgn cinta atau sayang tp sebagai teman....dlm msa yg sama peluang digunakan untuk melamar anakku...agak sukar ntukku menerima tp melihat kesungguhannya aku akur...
Hari berlalu...aku melihat pelbagai masaalah yg timbul..bkn makin mengembirakan..tp makn meyusahkan...tp apa dayaku ...aku hanya berdoa agar ALLAH memberikan yg terbaik untuk anakku...masa berlalu hari perkahwinan kian menjelang...apa yg ku lihat anakku tidak bersedia...tp terpaksa diteruskan..semata2 kerana maruah dan keluarga....
Hati kcil seorg ibu diburu kebimbangan bahagia kah anakku...ada diantara keluarga lelaki tidak menerima keehadiran ankku dlm keluarganya...bahkn anakku terpaksa menanggung cacian dr nya...dan aku lihat dia sendiri tidak mampu menghlang perbuatan dr keluarganya...YA ALLAH bahagiakah anakku nanti...adakah air mata anakku akan kembali mengalir spt dlu...aku takut...risau...tp aku tak tau untuk berbuat ape2...
Tinggal 2 bln lg...tiba2...MF(bekas kekasih) anakku datang kembali....walaupn awalnya aku mengelak tp...entah kenapa suatu hari hatiku tergerak untuk mendengar penjelasanya...dan akhirnya....hari ini aku mengetahui penyebabnya.............
Anakku...mnjadi mangsa keadaan...2 hati terluka...mereka tak bersalah...tp demi menunaikan permintaan keluarga...dia tak pernah melupakan anakku dn mengharap unk menyambung kembali hubungan.....YA ALLAH aku sekali lg berada dl dilema...2 hati yg masih saling menyintai...apa dayaku...segala persiapan telah dibuat...kad sudh dicetak...cma blum diedarkn...aku menangis untuk anakku...dan MF jga menangis...dia tak sangka secepat itu anakku mendapat pengganti...tp hakikatnya anakku akan mengahwini org yg tak pernah dicintai....apa yg harus kulakukan...aku hanya mampu menangis....apakah hikmah disebalik semua ini......apayg harus kulakukan......YA ALLAH berikan aku petunjukmu...adakah ini jodoh yg terbaik untuk anakku.....sedangkan sejak bertunang hingga kesaat ini anakku tak habis2 dilanda masaalah.....
Tarikh yg semakin hampir...aku buntu...hingga kesaat ini....9hb march 2012...trikh pernikahan anakku....

Tuesday, November 9, 2010

Chocolate Box

Monday, November 1, 2010

AKTIVITI BARU.

Salam ceria buat semua.....sebagai ingin menceriakan hidup yg dirundung duka sejak akhir2 ni,mama memulakan aktiviti baru dgn menyertai kelas membuat coklat(homemade)
Lagi pun dh lama sangat mama tidak membuat sebarang gubahan atau masakkan yg berkaitan dgn majlis perkahwinan.Sebenarnya ini adalah aktiviti yg amat menyeronokkan,hati akan puas bila melihat hidangan atau gubahan terhidang dimeja meraikan majlis perkahwinan.
Tak lama lg cuti sekolah...tak sabar..mama nk promote coklat2 yg mama akan sediakan..amat sesuai untuk wedding,engage atau apa saja majlis sebagai pemberian cenderahati.
Semoga aktiviti aru ini akan dapat memberi semangat baru buat mama.....
Mama mencari ketenangan......tempoh hidup yang terlalu singat ini akan mama penuhi dgn sesuatu yg bermakna...salam buat anak2 dan juga suamiku yg begitu sabar menghadapi kerenahku sejak akhir2 ini....maafkan lah mama semua........

PS: tunggu ye.....mama akan masukkan pic terbaru nanti...............

Wednesday, October 27, 2010

MAMA KEMBALI DISINI.......

Sudah lama mama tidak menulis disini,dh bersawang semua.Insyaallah...sekarang mama telah mendapat kekuatan untuk kembali spt dulu.Mama sedar mama tidak bleh terus menyepi dr dunia luar...mama harus redha bahawa apa yg ada didunia ini adalah di pinjam oleh ALLAH.Sampai waktu nya dia akan mengambilnya kembali,justru kita harus menghargai apa yg ada didepan mata sekarang.
Bukan mama berputusasa tp kesedihan yg dtg menimpa membuat mama patah semangat....mama jd tambah murung bila mengetahui ayah ingin kahwin lagi.Kubur arwah ibu masih merah tp ayah asyik bergaya....mabuk bercinta....Mama tak sangka dlm tempoh tak sampai satu tahun ayah begitu mudah melupakan ibu...mama memahami ayah kesunyian.......tp kenapa terlalu cepat ayah mendapat pengganti ibu.....
Terusterang tiada perasaan marah atau dendam,cuma mama tidak dapat menerima kehadirannya sebagai pengganti ibu dlm hidup mama...tapi ayah seolah2 memaksa kami untuk menerima kehadiran iteri baru ayah.
AYAH......maafkan shima...kahwinlah kami tidak marah,tapi ayah jgn tersinggung kerana kami tidak dapat menerima perempuan itu sebagai pengganti ibu kami.Takkan mungkin akan ada perempuan lain yg dapat mengambil tempat ibu dihati kami....sampai bila bila.......
Semoga hidup ayah tidak sunyi lagi....maafkan lah kami.......................dan redhakan lh kehidupan kami dunia dan akhirat.

Wednesday, July 14, 2010

Terharu..............

Apa yang paling membahagiakan seorang ibu dalam dunia ini ialah apabila anak2 nya berjaya dalam hidupnya.Anakku Amirul Asyraf kau adalah salah seorg contoh terbaik yang ingin mama ceritakan.Bukan mengenai kejayaan.....kerana ame masih lg meniti perjalanan..dan ma
doakan Ame akan sentiasa berjaya dan dilimpahi kebahagian.............aminnnnnnnnnn.
Ini adalah cerita seorg anak yg luhur kasihsayangnya............yg sanggup melupakan impiannya hanya semata mata ingin menggembirakan ibunya.
Sebenarnya mama agak terkilan kerana memberikan saranan,Ame menerimanya sedangkan ma minta ame berfikir untuk masa depan.Terasa bersalah dgn apa yg Ame lalui....hanya doa kupohon agar anakku mendapat keberkatan diatas keikhlasannya.
Terlalu jujur hatinya,terlalu tebal kasihsayangnya...............YA ALLAH kau permudahkanlah urusan hidupnya,kau tabahkan hatinya,serta kau jdkan lah insan disekeliling meyenangi dan menyayanginya sentiasa.Berkatilah hidupnya dan berikanlah kejayaan untuknya.Panjangkanlah usianya,murahkanlah rezekinya dan berikanlah kebahagian untuknya didunia dan akhirat.
SALAM SAYANG BUAT ANAKKU AMIRUL ASYRAF DI INSTITUT PENDIDIKKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS,PAHANG.(AKUAMIRULASYRAF.BLOGSPOT.COM)

Wednesday, June 16, 2010

CERITA MAMA

Salam semua..dh lama mama tak berceloteh.....terasa singkat sekali waktu kini,berbagai pekara yg berlaku.Mama msaih lagi lemah sebenarnya.pemergian ibu pd feb yg lepas masih lg segar dlm ingatan.Semangat mama masih belum pulih sepenuhnya.Mama amat merindui ibu..bkn tidak da
pat menerima kenyataan.mama redha,tapi semangat mama terlalu lemah.
Mama cuba mendekatkan diri dgn Allah mencari ketenangan.....tapi mama amat merindui ibu....
kehidupan mama banyak berubah......pemergian ibu menyedarkan mama bahawa kematian akan datang tanpa di undang dan tak dapat ditangguh walaupun sesaat.Oleh itu kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu hargailah.............kerana kita hanya diberi seorang ibu didunia ini.
Andai dapat diputarkan waktu mama akan memenuhi setiap waktu bersama ibu.........................