Monday, October 19, 2009

Ayat ayat cinta

RENTAK CINTA KITA BERBAGAI IRAMA
KADANG KADANG HANGAT DAN RANCAK
KADANG KADANG BERENTAK LEMAH DAN LONGLAI
JARANG JARANG RENTAKNYA SERAGAM
YANG JELAS ERTI CINTA ANTARA
KITA JUGA SEDEMIKIAN
NAMUN AKU TETAP SETIA WALAU
APA IRAMA YANG BERKUMANDANG.

PS:CORETAN HUBBY YANG MENYENTUH PERASAAN DI HARI ULANG TAHUN MAMA.

Usia perkahwinan mama dah pun 23 tahun,banyak sekali rintangan selama usia perkahwinan kami.Terlalu pantas masa berjalan tapi mama merasakan baru semalam kami disatukan.Semoga Allah memanjangkan jodoh mama dan hubby hingga keakhir hayat.
Lumrah alam kadang kadang tercetus perselisihan tapi berkat kesabaran...segalanya dapat diatasi.
Untuk anak anak mama yang diluar sana,samada yang bakal menempuhi alam berumahtangga atau sudah pun menjalani hidup bersuami isteri,pesanan mama ........terimalah pasangan kamu seadanya kerana disebalik keburukkan ada kelebihannya.Jangan sesekali membandingkan pasangan kita dgn orang lain dgn mencari keburukkannya kerana ianya akan mencetuskan keretakan dlm perhubungan.Setiap kali perasaan marah melanda...cuba kenangkan segala kebaikannya selama ini kerana itulah saja penawar segala hasutan syaitan.Jangan sesekali memburukkan keluarganya dan jangan rampas dia dari ibunya.Tidak rugi megeluarkan sedikit aset atau tenaga kerana pulangan yang bakal diperolehi amat berbaloi.Sentiasa jalinkan hubungan yang baik dgn keluarganya kerana mereka akan sentiasa menyebelahi kita dan sekiranya berlaku sebarang perselisihan mereka tentu saja tidak akan mengabaikan kita.
Tentu saja suami kita juga akan menghormati keluarga kita.Sesungguhnya dunia perkahwinan terlalu indah sekiranya kita sentiasa menghargai pasangan walaupun diri dimamah usia.
Sesekali berikan kejutan supaya kasihsayang akan berpanjangan.
Inilah prinsip hidup mama.....semoga rumahtangga mama akan sentiasa diberkati Allah,dan untuk hubby terimakasih diatas segala kesabaran dan pengorbananmu selama ini.

No comments:

Post a Comment