Tuesday, December 22, 2009

MENCARI KAWAN SERUMAH SEWAKTU DI MELAKA

Salam...mama teringin sangat nak jumpa kwn2 mama yang pernah tinggal di Melaka sekitar tahun 80an.Ada tak diantara teman2 mama yang masih mengingati mama.Mama pernah belajar di Melaka dan pernah tinggal serumah dgn Kak Tun,Ani,Imah,Sarah,Zai dan sahabat mama yg paling rapat ialah Sita.Selepas bertukar ke Kuantan dan berkahwin mama terus terputus hubungan dn mereka.Sekarang ni mama teringin sekali bertanya khabar mereka,mama pernah menghubungi Sita dialamat terakhir nya No 42,Taman Sri Mawar Arau Perlis tapi gagal.Sementara Zai pula alamat terakhir nya ialah Batu 41/2 Tanjung Gading Muar Johor.Sekiranya ada diantara mereka yang masih mengenali mama,harap dapat hubungi mama.Akhir sekali mama ingin memohon maaf terhadap semua kawan2 yang pernah mengenali mama sewaktu belajar dan bekerja di Melaka dulu terutama sekali Zaimee....maafkan mama dunia dan akhirat.Diharap semua nya masih sihat dan bahagia.

No comments:

Post a Comment