Wednesday, January 20, 2010

JUS KASTURI ASAM BOI

10 biji limau kasturi
10 biji asam boi(leh tambah ikut selera)
syrup gula

Proses
Rendam asam boi dgn sedikit air panas suam(1/2 gelas)
belah limau kasturi,keluarkan bijinya,kisar halus bersama sirap gula.
Tapiskan,campurkan jus dengan air dan juga asam boi yang direndam tadi.
Campurkan ketulan ais.....eemmm.....cubalah...

PS:Amat sesuai untuk sesiapa yang berhasrat untuk mengempiskan perut....

Sunday, January 17, 2010

Weekend......

hanyut dah ker?
lama nyer beratur......tiket adult rm19.90,children rm12.90
adush! penat nyer.....nak balik dah....abah lapar lah!!!!!!!!!
ramai nyer....be carefull accident nanti......
relaks jap.......
mama takut nak mandi.....hehehe....

Welcome To Kuantan.....Sehari Di Gambang Water Park....

my hubby.......seronoknyer.....
Gambang Water Park
comelnyer anak mama nih cam baby plak......
dah pandai posing.......
kat situ jer....takut ker?

KESAYANGAN MAMA.....



Monday, January 11, 2010

RESEPI KERABU SOTONG /MANGGA

5@6 ekor sotong yang sederhana besar[ dipotong]
1 biji mangga muda
1 biji mangga yang hampir masak(isinya kekuningan tapi masih ranggup)
1/2 senduk gula merah
3 camca besar sos ikan
1 biji jus lemon@limau nipis@limau kasturi
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 batang bunga kantan
2 tangkai daun ketumbar [mama tak letak sb takde dlm simpanan]
2 tangkai daun pudina [ mama tak letak sb takde dalam simpanan]
1 labu bawang besar di potong
2 biji tomato sederhana besar batang bunga kantan
2 biji cili besar
cili api mengikut selera

CARA MEMBUATNYA:

Rebus sotong tanpa air dgn sedikit garam lebih kurang 5 minit.
Kesemua bahan diatas dipotong halus.
Larutkan gula merah bersama sos ikan dan jus limau
Campurkan kesemua bahan yang dipotong tadi,gaul rata
tambahkan garam mengikut citarasa

Silakan anak anak mama mencuba resepi ini sebagai pembuka selera.
PS: Kuantiti boleh dikurangkan.

Sunday, January 10, 2010

RESEPI PUDING CRAKER

Bahan bahannya:
7 biji telur
15 keping biskut craker
1 tin susu cair
1 tin air biasa
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
aluminium foil (untuk tutup loyang)

Cara caranya:
Ambil 3 sudu gula panaskan didalam loyang menggunakan api yang kecil (jdkan karamel)
ketepikan.
Putar telur dgn gula hingga kembang,masukkan susu cair diikuti dgn air,esen vanilla.
Masukkan biskut yang telah dikisar halus,kacau rata.
Masukkan kedlm loyang tadi.tutup dgn aluminium foil untuk mengelakkan wap menitis.
kukus 20 minit
Apabila sejuk bolehlah di tuangkan keatas pinggan.
Lebih sedap sekiranya disejukkan didalam peti ais sebelum dihidang.

Cubalah yek.....mama tak sempat nak letak pic sebab dh habis.