Tuesday, November 9, 2010

Chocolate Box

Monday, November 1, 2010

AKTIVITI BARU.

Salam ceria buat semua.....sebagai ingin menceriakan hidup yg dirundung duka sejak akhir2 ni,mama memulakan aktiviti baru dgn menyertai kelas membuat coklat(homemade)
Lagi pun dh lama sangat mama tidak membuat sebarang gubahan atau masakkan yg berkaitan dgn majlis perkahwinan.Sebenarnya ini adalah aktiviti yg amat menyeronokkan,hati akan puas bila melihat hidangan atau gubahan terhidang dimeja meraikan majlis perkahwinan.
Tak lama lg cuti sekolah...tak sabar..mama nk promote coklat2 yg mama akan sediakan..amat sesuai untuk wedding,engage atau apa saja majlis sebagai pemberian cenderahati.
Semoga aktiviti aru ini akan dapat memberi semangat baru buat mama.....
Mama mencari ketenangan......tempoh hidup yang terlalu singat ini akan mama penuhi dgn sesuatu yg bermakna...salam buat anak2 dan juga suamiku yg begitu sabar menghadapi kerenahku sejak akhir2 ini....maafkan lah mama semua........

PS: tunggu ye.....mama akan masukkan pic terbaru nanti...............

Wednesday, October 27, 2010

MAMA KEMBALI DISINI.......

Sudah lama mama tidak menulis disini,dh bersawang semua.Insyaallah...sekarang mama telah mendapat kekuatan untuk kembali spt dulu.Mama sedar mama tidak bleh terus menyepi dr dunia luar...mama harus redha bahawa apa yg ada didunia ini adalah di pinjam oleh ALLAH.Sampai waktu nya dia akan mengambilnya kembali,justru kita harus menghargai apa yg ada didepan mata sekarang.
Bukan mama berputusasa tp kesedihan yg dtg menimpa membuat mama patah semangat....mama jd tambah murung bila mengetahui ayah ingin kahwin lagi.Kubur arwah ibu masih merah tp ayah asyik bergaya....mabuk bercinta....Mama tak sangka dlm tempoh tak sampai satu tahun ayah begitu mudah melupakan ibu...mama memahami ayah kesunyian.......tp kenapa terlalu cepat ayah mendapat pengganti ibu.....
Terusterang tiada perasaan marah atau dendam,cuma mama tidak dapat menerima kehadirannya sebagai pengganti ibu dlm hidup mama...tapi ayah seolah2 memaksa kami untuk menerima kehadiran iteri baru ayah.
AYAH......maafkan shima...kahwinlah kami tidak marah,tapi ayah jgn tersinggung kerana kami tidak dapat menerima perempuan itu sebagai pengganti ibu kami.Takkan mungkin akan ada perempuan lain yg dapat mengambil tempat ibu dihati kami....sampai bila bila.......
Semoga hidup ayah tidak sunyi lagi....maafkan lah kami.......................dan redhakan lh kehidupan kami dunia dan akhirat.

Wednesday, July 14, 2010

Terharu..............

Apa yang paling membahagiakan seorang ibu dalam dunia ini ialah apabila anak2 nya berjaya dalam hidupnya.Anakku Amirul Asyraf kau adalah salah seorg contoh terbaik yang ingin mama ceritakan.Bukan mengenai kejayaan.....kerana ame masih lg meniti perjalanan..dan ma
doakan Ame akan sentiasa berjaya dan dilimpahi kebahagian.............aminnnnnnnnnn.
Ini adalah cerita seorg anak yg luhur kasihsayangnya............yg sanggup melupakan impiannya hanya semata mata ingin menggembirakan ibunya.
Sebenarnya mama agak terkilan kerana memberikan saranan,Ame menerimanya sedangkan ma minta ame berfikir untuk masa depan.Terasa bersalah dgn apa yg Ame lalui....hanya doa kupohon agar anakku mendapat keberkatan diatas keikhlasannya.
Terlalu jujur hatinya,terlalu tebal kasihsayangnya...............YA ALLAH kau permudahkanlah urusan hidupnya,kau tabahkan hatinya,serta kau jdkan lah insan disekeliling meyenangi dan menyayanginya sentiasa.Berkatilah hidupnya dan berikanlah kejayaan untuknya.Panjangkanlah usianya,murahkanlah rezekinya dan berikanlah kebahagian untuknya didunia dan akhirat.
SALAM SAYANG BUAT ANAKKU AMIRUL ASYRAF DI INSTITUT PENDIDIKKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS,PAHANG.(AKUAMIRULASYRAF.BLOGSPOT.COM)

Wednesday, June 16, 2010

CERITA MAMA

Salam semua..dh lama mama tak berceloteh.....terasa singkat sekali waktu kini,berbagai pekara yg berlaku.Mama msaih lagi lemah sebenarnya.pemergian ibu pd feb yg lepas masih lg segar dlm ingatan.Semangat mama masih belum pulih sepenuhnya.Mama amat merindui ibu..bkn tidak da
pat menerima kenyataan.mama redha,tapi semangat mama terlalu lemah.
Mama cuba mendekatkan diri dgn Allah mencari ketenangan.....tapi mama amat merindui ibu....
kehidupan mama banyak berubah......pemergian ibu menyedarkan mama bahawa kematian akan datang tanpa di undang dan tak dapat ditangguh walaupun sesaat.Oleh itu kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu hargailah.............kerana kita hanya diberi seorang ibu didunia ini.
Andai dapat diputarkan waktu mama akan memenuhi setiap waktu bersama ibu.........................

Monday, April 26, 2010

CONGRATULATION .


Tahniah buat anak mama Amirul Asyraf...
tak sangka lak...anak mama layak mendapat anugerah pelajar cemerlang SPM dalam subjek sains.Syukur alhamdulillah.....dulu Ame(panggilan manja) agak liat sikit...mama dan hubby pun risau...apa tidak nya sewaktu tahun 1,Ame belum boleh membaca,masanya banyak dihabiskan dgn menonton tv,tapi bila berada disekolah menengah,sedikit demi sedikit pencapaiannya semakin menyerlah,walaupun lambat dia semakin maju teutama dlm subjek sains dan bahasa inggeris.Sekarang Ame sedang menanti panggilan dari uitm untuk menyambung pelajaran dalam bahasa inggeris(TESL).Mama doakan segala impian Ame menjadi kenyataan...Insyaallah.........

AKTIVITI BERSAMA BUAH HATI MAMA






Bosan betul....la asyik kna tinggal je ngan hubby,hari ni outstation lagi..x tau bila balik,kata hubby 2@3 hari x pasti,klau kes x selesai kna sambung lagi..Camni lah tugas suami mama...sebenarnya mama dah masak sangat dah,cuma arini rasa sunyi lak..nak keluar jalan jalan pun tak de mood,cuaca sekarang yang x menentu,ada masa hujan ..kalau panas pulak...aduhhh tak payah cerita lah lebih baik duk umah aja sambil melayam kerenah buah hati mama ni....sedar tak sedar dah 3 tahun usia johan,..dia ni lebih suka membahasakan dirinya Oyan,Nakal nya boleh tahan...tapi sebab keletahnya lebih banyak menghiburkan,mama rasa dah tak boleh berpisah pulak.
Pasal makan...seronok sangat,kadang kadang gelihati jugak ,sb oyan ni bab order...breakfast mintak nasi goreng cina,lunch mtk ayam n sotong,...
Haha....untuk minum petang arini dia mtk mama buat kek ada warna(kek belang lah tu).tengok lah gelagat oyan yng sempat mama snap.Oyan memang suka masak2,sejak kecil lagi abis periuk kuali mama jd mangsa...dah kemek2 pun ada...tapi mama tak kisah......tengok pic Oyan.....dan favourite keknya.

Sunday, March 21, 2010

Award dari Yeyen....(",)


Salam....mama xcited giler rinie
coz anak mama si Yeyen bagi mama award...
wah...1st time nih..

TQ so much Yeyen coz sudiey kasi mama
award...

ok ni mama copy dari blog Yeyen...(sori ek)

1.Thank & link the person that gave u the award

2.Pass diz award onto15 bloggers u've recently discovered n think are fantastic

...fatin fazlan...
...chef aduka...
...sweet vanilla...
n...sesape je yang follow blog mama...

Wednesday, March 17, 2010

MEE KARI my mum.

Bahan bahannya;
Setengah ekor ayam(direbus dgn air masukkan garam untuk dijdkan stok)
1 bungkus mee kuning di celur.
1 kilo kerang(jgn lupa cara mudah petua mama untuk merebus kerang)
2 genggam ikan bilis direndam dgn 2 cwn air.(mama blend kemudian toskan)
1 mangkuk santan pekat.
1 bungkus fish cake(digoreng,toskan,potong)
2 bungkus fishball
tauhu lompong@tauhu yang siap di goreng.
telur puyuh direbus.
sedikit tulang ayam (digunakan utk campur dlm kuah)
2 bngkus serbuk kari daging adabi
2 tangkai daun kari
2 biji bwg besar]
3ulas bwg puteh ] kisar
1/2 in halia]
1 btg serai
daun sup.bwg goreng.daun bwg untuk hiasan.

Cara;
Goreng ayam yang direbus td kemudian potongkan.
Tumis bahan kisar bersama serbuk kari hingga garing,masukkan daun kari kemudian masukkan tulang ayam,masukkan air rebusan ayam,kacau dan biar seketika kemudian masukkan air ikan ikan bilis yang direndam td,biar mengeleggak setelah itu masukkan santan pekat kacau seketika.masukkan serai yang diketuk,sekiranya terlalu pekat boleh ditambah dgn sedikit air.Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.Biarkan mendidih kemudian kacau sebentar .kecilkan api.
Masukkan kuah yg telah siap kedlm mangkuk yg berisi mee,kerang,ayam goreng,fishball,fishcake,telur burung puyuh dan sambal cili hias bersama bwg goreng serta daun sup dn daun bwg.Silakkan mencuba resepi air tangan ibunda tercinta.

Cara membuat sambal cili;
tumis cili yg disar bersama halia dan bwg hingga garing masukkan air asam jaya dan sedikit belacan,masukkan garam dan sedikit gula,biarkan kering dan naik minyak.

BERKONGSI PETUA DGN MAMA(untuk pengetahuan petua ni bkn lah seratus peratus milik mama, sumber dr majalah,kwn2 dan mama sendiri)

KENTANG GORENG LEBIH RANGUP.
Rendamkan kentang yang hendak digoreng dgn air panas yang baru menggelegak,biarkan beberapa minit,toskan dan goreng dgn minyak spt biasa.Cubalah....

MELEMBUTKAN DONAT.
Rebus 2@3 biji kentang,lenyekkan kedalam bancuhan tepung.Donat akan tetap lembut walaupun telah sejuk.

AGAR AGAR CEPAT BEKU.
Supaya puding atau agar cepat beku,sejukkan loyang atau acuan di bahagian dingin beku seketika,selepas itu tuang agar agar seperti biasa.lihat lah hasilnya puding @ agar2 akan beku dalam waktu yang lbih cepat.

Thursday, March 11, 2010

KHASIAT AIR KELAPA

Air yang terdapat dlm sebiji kelapa mampu membekalkan keperluan vitamin C untuk seharian.Amat baik untuk tubuh kerana kandungan mineral dan protien yg berkualiti tinggi amat membantu dlm pertumbuhan sel sel dlm tubuh.Terdapat berbagai khasiat air kelapa antaranya..
1.membersihkan usus
amat efektif membasmi pelbagai jenis cacing,pesakit gastrik merawat perut kembung dan buasir.
2.merawat mulut yang kering,penyakit diabetes.dan juga dipercayai dapat membuang racun dalam darah
3.mengatasi masaalah pencernaan dan juga merawat masaalah batu karang
4.merawat demam panas dan demam campak.
bukan saja sesuai untuk badan air kelapa juga dapat mencantikkan wajah.Mencuci muka dgn air kelapa secara berterusan dapat menghilangkan parut jerawat,noda noda hitam dan kulit wajah yang kekeringan.

Congratulation to my Cute son...hehehe

Buat anak mama yg chubby....tahniah cz berjaya dpt 5A+,mama dh bersyukur sangat,mama tau anak mama ni dah bg yang terbaik.Semuga impian nya untuk ambik TESL berjaya...Insyaallah

Wednesday, March 3, 2010

HIDUP MESTI DITERUSKAN.






2 hb mac 2010,SELAMAT HARIJADI buat puteriku NURUL NATASHA ELYANA,semuga panjang umur dan diberikan kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang.Mudah mudahan murah rezeki anak mama ni.Sekiranya arwah masih ada,dia lah orang yang paling gembira,seawal pagi akan terbau aroma pulut kuning yang disediakan,dan pastinya ayah akan mengambil sekepal pulut sambil berdoa buat cucu kesayangannya.Menurut ibu mama bertuah kerana setiap bulan kami akan bergembira bersama menyambut hari lahir bermula dgn puteriku yang sulong pada 1hb jan,kemudian puteraku pada 9hb feb dikuti hubby pada 19hb feb dan puterku yang bongsu pada 2hb mac.5 april pula adalah wedding anniversaryku diikuti pula mei kami akan sama sama menyambut HARI IBU .Diwaktu itu kami akan memberi kejutan untuk ibu,biasanya mama yang akan merancang sesuatu dan adik beradik tak pernah membantah.Alangkah seronoknya melihat ibu gembira melihat kami menyediakanberbagai bagai persiapan untuk menyambut hari ibu.Dan boleh dikatakan setiap tahun ibu akan bertanya"bulan mei hari ibu kan" dan kami berpura pura tidak faham....seronoknya malam itu ibu akan tersenyum girang.Malah untuk tahun ini pun telah kurancang semuanya...tapi malangnya tahun ini kami tak akan dapat lagi melihat senyuman ibu buat selamanya....tapi sesungguhnya kami takkan melupakanmu ibu....Penutupnya pada 13hb jun adalah ulangtahun buahati mama dan akhir sekali 30hb jun adalah hari lahir mama....Begitulah kata ibu...mama beruntung...kerana sentiasa dapat bergembira...dan mama akan tergelak sebab mama dah pokai...Ibu akan tersenyum sambil berkata duit takkan dapat dibawa mati....itulah ibuku,dan hari ini mama tersedar mama perlu bangkit kembali kerana mama pasti ibu akan bersedih bila melihat mama begini.Namun takkan ku lupakan untuk sedekahkan al fatihah dan bacaan Yassin untukmu ibu......semuga rohmu diletakkan disisi orang orang yang beriman....amin.

Sunday, February 28, 2010

Hargailah ayah dan ibu

Hargailah ayah dan ibu sebelum ia menutup mata untuk selamanya,sesungguhnya mama amat menderita semenjak pemergian ibu.Andai dapat diputarkan waktu ingin aku mengisi tiap waktu bersamamu ibu.....Mama sentiasa mengharapkan agar mimpi ini cepat berakhir....sayangnya ianya adalah kenyataan yang terlalu sukar untuk kulupakan.Ibu......aku amat merinduimu.......

Saturday, February 27, 2010

Friday, February 26, 2010

Hubby tempat ku mencurah kasih selepas pemergian ibu tercinta.....

Mama masih lagi dalam kesedihan,tapi atas permintaan anak anak mama cuba untuk tersenyum
sempena menyambut hari lahir hubby pada 19 feb yang lepas.Lokasi di Bora Ombak...
Sayang....maafkan shima kerana tak dapat menyediakan sesuatu yang istimewa pada tahun ini...pemegian ibu tanpa diduga telah mematahkan semangat mama.mama sebenarnya terlalu manja dgn arwah ibu biarpun diusia begini.
Segala persediaan dirancang oleh anak anak mama....Syukurlah masih ada yang menyayangi mama
hanya anak anak dan hubby tempat mama bergantung kini.Semuga hubby bahagia hidup disamping mama.Sempat juga mama dedicate sebuah lagu untuk hubby dimalam itu.YOUR MY EVERYTHING.....Kau lah segala nya kini....terima kasih kerana memahami mama.....













Dibebel oleh mama...

Saturday, February 13, 2010

IBUKU PERGI UNTUK SELAMANYA........




Tanggal 5.2.2010.....jam 6.15 pagi...sewaktu selesai solat subuh,aku dikejutkan dgn berita ibuku sudah pergi dijemput ilahi.trerduduk aku seketika.alam terasa hening dan sunyi baru kemarin aku pulang menghantar meehoon sup atas permintaan arwah yang hanya demam biasa.Airmataku mengalir tak henti henti,ibuku kini tiada lagi.Takkan dapat ku dengar lagi suara lembut ibu mengejutkan aku bangun untuk solat disubuh hari bila pulang ke kampung,takkan ku dengar lagi suara ibu mengajak aku makan bersama sama,takkan dapat ku nikmati lagi kemanisan air tangan ibu menyediakan juadah untuk kami......hancur luluh hatiku mengenangkan ibu yang sentiasa mendahulukan kami dalam apa jua keadaan biarpun keletihan.Ibuku yang lemah lembut dan penuh dgn kasih sayang.Terkilan nya aku kerana masih belum puas mengembirakan hati ibu.banyak perancanganku yang tak kesampaian.Sebak hatiku melihat pakaianmu ...alangkah tenang nya wajahmu......ibu .......aku kini bagai hilang tempat berpaut.......hingga saat ini semangatku bagai ikut pergi bersamamu.......doaku agar kau tenang disana....semuga rohmu ditempatkan disisi orang orang yang beriman......alfatihah.......

Wednesday, January 20, 2010

JUS KASTURI ASAM BOI

10 biji limau kasturi
10 biji asam boi(leh tambah ikut selera)
syrup gula

Proses
Rendam asam boi dgn sedikit air panas suam(1/2 gelas)
belah limau kasturi,keluarkan bijinya,kisar halus bersama sirap gula.
Tapiskan,campurkan jus dengan air dan juga asam boi yang direndam tadi.
Campurkan ketulan ais.....eemmm.....cubalah...

PS:Amat sesuai untuk sesiapa yang berhasrat untuk mengempiskan perut....

Sunday, January 17, 2010

Weekend......

hanyut dah ker?
lama nyer beratur......tiket adult rm19.90,children rm12.90
adush! penat nyer.....nak balik dah....abah lapar lah!!!!!!!!!
ramai nyer....be carefull accident nanti......
relaks jap.......
mama takut nak mandi.....hehehe....

Welcome To Kuantan.....Sehari Di Gambang Water Park....

my hubby.......seronoknyer.....
Gambang Water Park
comelnyer anak mama nih cam baby plak......
dah pandai posing.......
kat situ jer....takut ker?

KESAYANGAN MAMA.....