Monday, January 11, 2010

RESEPI KERABU SOTONG /MANGGA

5@6 ekor sotong yang sederhana besar[ dipotong]
1 biji mangga muda
1 biji mangga yang hampir masak(isinya kekuningan tapi masih ranggup)
1/2 senduk gula merah
3 camca besar sos ikan
1 biji jus lemon@limau nipis@limau kasturi
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 batang bunga kantan
2 tangkai daun ketumbar [mama tak letak sb takde dlm simpanan]
2 tangkai daun pudina [ mama tak letak sb takde dalam simpanan]
1 labu bawang besar di potong
2 biji tomato sederhana besar batang bunga kantan
2 biji cili besar
cili api mengikut selera

CARA MEMBUATNYA:

Rebus sotong tanpa air dgn sedikit garam lebih kurang 5 minit.
Kesemua bahan diatas dipotong halus.
Larutkan gula merah bersama sos ikan dan jus limau
Campurkan kesemua bahan yang dipotong tadi,gaul rata
tambahkan garam mengikut citarasa

Silakan anak anak mama mencuba resepi ini sebagai pembuka selera.
PS: Kuantiti boleh dikurangkan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment