Wednesday, March 3, 2010

HIDUP MESTI DITERUSKAN.






2 hb mac 2010,SELAMAT HARIJADI buat puteriku NURUL NATASHA ELYANA,semuga panjang umur dan diberikan kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang.Mudah mudahan murah rezeki anak mama ni.Sekiranya arwah masih ada,dia lah orang yang paling gembira,seawal pagi akan terbau aroma pulut kuning yang disediakan,dan pastinya ayah akan mengambil sekepal pulut sambil berdoa buat cucu kesayangannya.Menurut ibu mama bertuah kerana setiap bulan kami akan bergembira bersama menyambut hari lahir bermula dgn puteriku yang sulong pada 1hb jan,kemudian puteraku pada 9hb feb dikuti hubby pada 19hb feb dan puterku yang bongsu pada 2hb mac.5 april pula adalah wedding anniversaryku diikuti pula mei kami akan sama sama menyambut HARI IBU .Diwaktu itu kami akan memberi kejutan untuk ibu,biasanya mama yang akan merancang sesuatu dan adik beradik tak pernah membantah.Alangkah seronoknya melihat ibu gembira melihat kami menyediakanberbagai bagai persiapan untuk menyambut hari ibu.Dan boleh dikatakan setiap tahun ibu akan bertanya"bulan mei hari ibu kan" dan kami berpura pura tidak faham....seronoknya malam itu ibu akan tersenyum girang.Malah untuk tahun ini pun telah kurancang semuanya...tapi malangnya tahun ini kami tak akan dapat lagi melihat senyuman ibu buat selamanya....tapi sesungguhnya kami takkan melupakanmu ibu....Penutupnya pada 13hb jun adalah ulangtahun buahati mama dan akhir sekali 30hb jun adalah hari lahir mama....Begitulah kata ibu...mama beruntung...kerana sentiasa dapat bergembira...dan mama akan tergelak sebab mama dah pokai...Ibu akan tersenyum sambil berkata duit takkan dapat dibawa mati....itulah ibuku,dan hari ini mama tersedar mama perlu bangkit kembali kerana mama pasti ibu akan bersedih bila melihat mama begini.Namun takkan ku lupakan untuk sedekahkan al fatihah dan bacaan Yassin untukmu ibu......semuga rohmu diletakkan disisi orang orang yang beriman....amin.

No comments:

Post a Comment