Wednesday, July 29, 2009

Minum petang...

* Kuih Cara Berlauk / Manis *

Bahan-bahan nyer :-
  • 1/2 kg tepung
  • 4 biji telur ayam
  • 1 biji kelapa ( dijadikan dlm kira-kira 3 cawan santan )
  • 1/2 tin susu cair
  • sedikit pewarna kuning dan hijau ( utk dijadikan 2 jenis, 1.Cara Berlauk n 2.Cara Manis)
Cara-cara nyer :-
  • masukkan tepung... sikit demi sikit dlm santan
  • campurkan 1/2 tin susu cair n telur
  • kacau jgn sampai bergentel
  • masukkan 1/2 sudu teh garam
  • anggaran kepekatan bancuhan spt adunan kuih ketayap
  • bahagikan adunan kepada 2 bahagian (kuning utk Cara Berlauk/hijau untuk Cara Manis)
Bahan-bahan inti lak :-
  • 1 packet kecil minced beef ( brand Ramly jer!Yg laen x best)
  • 4 biji bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
Cara-cara nyer :-
  • tumis bwg merah n putih (blend dulu)
  • masukkan rempah kari
  • biarkan hingga garing
  • masukkan minced beef tadi
  • kacau rata n tambah garam + secubit gula (boley tambah serbuk perasa jika suka)
  • sekiranya terlalu kering, boley tambah air
  • biar hingga kering dengan api yang sederhana n ketepikan
  • untuk hiasan : cili merah dipotong serong n daun sup dipotong kecil
Penyediaan kuih :-
  • sapu sedikit minyak pada acuan yg telah di'pre heat'kan
  • api tu biarle sederhana
  • masukkan adunan ke dlm acuan
  • isikan inti tadi kat center (cara berlauk)
  • letakkan cili yg dipotong n sedikit daun sup
  • untuk Cara Manis, proses seperti Cara Berlauk diulangi tapi inti dier tukar pada gula ek
  • tutup dgn penutup periuk n bakar selama kira-kira 5-7 min


ketika menumis...

sudah masak n kering...

hasil nyer...

proses membakar...

bahan untuk Cara Manis...


inilah hasilnyer... Cara Manis


dan tidak lupa...Cara Berlauk...

Selamat mencuba...

1 comment: